Merenang Gelora - Ruslan Ngah (Tema & Persoalan)


Merenang Gelora - Ruslan Ngah

Tema:

Cabaran dan tanggungjawab seorang pengawas dalam mengawal disiplin sekolah

Persoalan: 

1) Kasih sayang dalam keluarga
cth; Badri sangat menyayangi ibu bapanya dan ingin membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh- sungguh sehingga berjaya menjadi doktor.

2) Keikhlasan dalam persahabatan
cth; Siew Mei dan Taufik mementingkan keikhlasan dalam persahabatan dan sentiasa memberi sokongan kepada Badri ketika Badri berhadapan dengan pelbagai ujian.

3) Kepentingan untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri
cth; Badri dapat mengalahkan Shahrul kerana dia mempelajari seni silat dengan Pak Alang.

________________________________________________________________________________

SOALAN: Nyatakan tema novel tersebut.

Cabaran dan tanggungjawab seorang pengawas dalam mengawal disiplin sekolah.

________________________________________________________________________________

SOALAN: Nyatakan tiga persoalan berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.  

CONTOH KARANGAN:

Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan persoalan. Terdapat tiga persoalan iaiu persoalan kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, Badri sangat menyayangi ibu bapanya dan ingin membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh- sungguh sehingga berjaya menjadi doktor. Selain itu, keikhlasan dalam persahabatan, contohnya Siew Mei dan Taufik mementingkan keikhlasan dalam persahabatan dan sentiasa memberi sokongan kepada Badri ketika Badri berhadapan dengan pelbagai ujian. Persoalan yang ketiga ialah kepentingan untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri. Contohnya, Badri dapat mengalahkan Shahrul kerana dia mempelajari seni silat dengan Pak Alang. 

______________________________________________________________________________

Isi karangan berdasarkan persoalan dan contoh peristiwa masing masing. Karangan hanya dalam satu perenggan.