idk

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
my legs and hands are shaking badly and i cant stop thinking about cutting myself. them feels that you cant explain and no one will ever understand.

and im crying.

Hi Sayang.

Heyy sayang my beautiful princess.

Done reading your blog. Im really grateful that you trust me to read it finally. and and i feel really special gila gila. Honestly you're the first girl ever to let me finally be who i am and the first girl ever that made me like i have something to look forward to life everyday. No words can describe how much i love you eventhough cakap i love youu all the time tapi macam tak cukup langsung . taktau nak describe macam mana dah. Sayang. i love you. Gila gila.

I can't wait to see what happens next in our life. and I hope kita kekal sampai forever forever gila gila. I can't wait to see you everyday. and i can't wait by the time kita dah ready nak kahwin (omg hahaha 4 tahun lagi cett) and and and i just want to be in love with you every second every day every year every decade every century forever. mesti relationship ada ups and downs ada gaduh ada sayang menyayang but im ready to go through it with youu. " So it's not gonna be easy. It's going to be really hard; we're gonna have to work at this everyday, but I want to do that because I want you. I want all of you, forever, everyday. You and me... everyday."




Sayang. 

Im In love with you. And I will cherish our love all the time. 

Megat.

.
.
.
.
.
.

busuk.

Privating my blog

yup, im privating my blog
and only certain people can read this

if you are reading this
bersyukur kay xD

lol nahh
you dont have to

because i'll keep on sharing my boring story

yay

bedah katak

assalamualaikum,

aku tak ingat bila, tapi before cuti haritu kelas aku ada bedah katak. mula- mula tu excited tapi lama- lama tu rasa sayang tu timbul. macam ni cerita dia..

minggu yang sepatutnya kitorang bedah katak tu, tak jadi bedah. kitorang bedah ikan je sebab waktu tu lab assistant takde untuk pengsankan katak. so kena tangguh minggu depan. huhu. memandangkan katak tu aku yang beli, aku jugak lah yang kena jaga. cikgu cadang nak simpan kat sekolah, tapi aku cakap lah dengan cikgu "siapa nak bagi makan?" pastu cikgu cakap "alah kamu ni sayang sangat dengan katak kamu tu ha ye lah kamu bawak balik jaga elok2"

katak ni nampak senang je nak jaga. tapi sebenarnya tiap hari kena tukar air dia. sebab dia buang najis dalam air tu. tapi disebabkan aku tak cukup masa, aku bersihkan dua hari sekali. makanan pulak aku bagi cacing yang korang boleh dapatkan dekat kedai ikan. aku beli kat warta bangi satu cup tu rm1. aku beli rm4 cukup untuk 3-4 hari. tu pun depends lah katak korang banyak mana. katak aku ada enam.

aku ni macam bagi tips cara nak jaga katak je hahahaha (ada ke orang nak bela katak macam aku ni)

orang kata kulit katak tu geli nak sentuh. well it is. but when kau dah biasa pegang benda- benda geli kau dah tak rasa dah kulit katak yang geli tu. contoh benda geli macam kulit ayam yang mentah, ular dll. tapi bagi aku benda macam ni biasa la. entah lah, aku sendiri tak tahu kenapa aku takde rasa geli kat haiwan.

sepanjang katak tu dalam penjagaan aku, alhamdulillah aku dapat jaga dengan baik walaupun ada sekor mati sebab parasit. huhu. yang kagumnya, katak aku tu jenis katak yang tak bising tau, so bila duduk dalam akuarium tu memang dia tak "ong gedek gedek" lah. tapi bila sekor kawan dia mati, dorang semua bising "ong ong". lebih kurang macam berkabung lah. terkejut jugak aku dari mana datang bunyi katak tu heheh.

waktu nak bedah tu, lab assistant cakap "saya tak berani pegang katak" pastu aku volunteer lah nak letak chlorofom pastu dia macam "betul ni? kalau terlepas nanti awak kejar dorang" "dah biasa dah" "tipu ah" haa lepastu bila aku angkat katak tu bagi kat dia, dia yang lari dulu. hahahahaha tu la main- main lagi dengan aku. pastu aku angkat sekor2 masuk dalam akuarium untuk letak chlorofom. "biar betul awak tak takut??" "haa ye lah, habistu?" "takdelah cuma tak percaya kihkih"

habis pengsan semua katak aku tu, kitorang paku pulak. ada sekor katak ni nama dia Prince Nevine, katak yang paling kuat dan gagah sebab banyak mana pun aku bubuh chlorofom kat hidung dia, dia tak pengsan2. lepas 2-3 minit, dia bangun balik.

experiment tu berjalan lancar. walaupun sedih sikit ah tengok katak sendiri terlentang dengan di paku semua. tapi alhamdulillah dapat belajar benda baru. yang part aku suka bila letak garam kat muscle dia, nanti muscle dia gerak. pastu belah perut dia nampak cacing hahahahah

"wei izzul, asal kau bagi cacing??"
"tu lah tujuan aku bagi dia makan cacing, nanti baru korang nampak"
"geli lah bengong"
"hahahahahahah"

maaf ler rakan- rakan. saya saja je hehehehe ^_^

merdeka raya 2014

assalamualaikum,

I'm a little bit bitter for merdeka raya this year. Idk. Too many pretty girls. But still I was trying to be confident. I only have Amira today since Aisyah go take some pictures. Welp, feeling lonely. I need someone to cheer me up hahaha..

Instead of duduk dekat perhimpunan, I sit at pondok and read my novel. Its better than feeling alone. I dont have any apetitte to eat either. ugh. what is happening..

And yes, balik rumah awal and leave the majlis just like that. I'm sorry teacher..

Sembelih Ayam

assalamualaikum,

hari rabu haritu, satu kelas kena sembelih ayam untuk pelajaran pendidikan islam. masa tengok kelas lain buat beberapa hari sebelum tu, aku rasa kesian dekat ayam tu. tak dapat bayangkan macam mana kena sembelih hidup- hidup. (tapi dorangkan haiwan)

waktu kelas kitorang yang kena sembelih. aku beranikan diri untuk tengok. yolah, waktu kecik- kecik dulu selalu la tengok orang kampung sembelih ayam & lembu. tapi tak pernah nak try sendiri.

mula- mula ustaz buat demo, kitorang tengok je. lepastu budak laki buat pulak. budak laki kelas aku semuannya excited nak sembelih, tapi ada lah certain yang tak suka sebab bau dia busuk. memanglah busuk bang oiii

waktu dorang tengah sembelih tu, aku pergi tengok ayam2 kat dalam sangkar. aku duk sembang dengan dorang. lepastu cikgu Awal datang (cikgu disiplin), dia cakap "saya dare awak pegang dia" "hek eleh cikgu, setakat pegang ayam, saya pun berani" balas aku dengan nada yang macam ye tak ye je nak sebut. adeh kau ni izzul buat perangai bodoh lak kat sini. 

lepastu aku pun pegang lah ayam tu. wah, rasa 'bangga' sikit sebab aku sorang je yang rasa berani nak pegang ayam tu hehehehehehehehehehehe dengan bantuan dua orang kawan lagi, kitorang dapat sembelih ayam tu dengan sempurna. sempurna sampai terputus kepala! ha! tapi ustaz cakap boleh makan, asalkan urat halkum dan merikh dah terputus dulu.

dah habis sembelih mestilah kena basuh bagi bersih kan. so kitorang pun basuh walaupun bau dia dah sampai menusuk hidung. huhu. proses lepas tu kitorang rendam dalam air panas nak bagi bulu dia panas supaya senang cabut.

esoknya, one of my classmate bawak ayam tadi tapi yang sudah dimasak. so kitorang pun makan satu kelas.

pengalaman ni yang aku paling suka. buat benda yang aku nak sangat buat sebelum ni. hehe. perangai tak macam pompuan betoii hahah

bye!

LEGOLAND

assalamualaikum,

16 august 2014. the date that i went to legoland for fun and to release my stress. its actually a school trip. my youngest borther's school trip. cuma tumpang sekaki je since going to legoland is one of my birthday wishes kan. lagipun dapat discount student price heheh. banyak pulak tu diskaun dia.

pagi tu kitorang bertolak like after subuh macam tu. and sampai around 10 kot. uncle bas drop kitorang dekat depan mall and kitorang berjalan dari mall to legoland. it was actully tiring tapi takpe hahahah

sampai depan pintu legoland, ada sikit 'awwh' moment kat situ. all the buildings memang made up of legos do! (u know what i mean) best gila! excited nak masuk. but before masuk mestilah snap some pictures kan. tak nak cerita banyak because i dont want to spoil any thing. nanti mesti lah tak best kan kalau korang dah baca ke kan (sebenarnya malas).

SEMUANYA BEST. YA. BEST. SANGAT BEST.

for a childish girl like me, memang rasa best. because i finally ride roller coasters after 5 years. hahahaha ni cerita final destination punya pasal. habis aku jadi paranoid. aduh. tapi bila naik roller coaster tu memang menakutkanlah sebab aku sebenarnya afraid of heights so everytime naik mesti tak pandang bawah. samada pandang depan ataupun tutup mata. tapi bila nampak camera, mesti lah aku nak buat peace kan. ada satu gambar aku pandang camera dan yang lain- lain tak sempat buat aksi sebab laju sangat hahahaha. tapi aku beli jugak gambarnya untuk kenangan. lagipun aku dapat student price hehehehehehehe.

aku nak nasihatkan (TIPS LEGOLAND);

1) kalau pergi legoland, bawak duit lebih sikit. sebab souvenir dia semua bapak mahal.
--satu keychain legoland yang kecik tu harga dia around RM25. pergh. memang aku tak beli lah. tapi adik aku beli yang RM10 punya. ada selected items yang dia bagi diskaun. so korang kena pandai- pandai cari lah.
--tshirt dia lagi mahal. dewasa punya around RM60. children RM40. tapi depends lah korang beli design apa.
--legos. lego dia lagi mahal. satu kotak kecik dalam RM30. kotak yang paling besar ada yang sampai RM800++
--gambar. kalau korang nak gambar sebagai kenangan, contohnya waktu korang naik roller coaster tu kan, korang kena bawak lebih banyak duit. satu gambar untuk orang biasa RM50. dan yang lain, ada yang puzzle dll sampai RM150++

2) bagi yang nak pergi waterpark tu jangan lupa bawak baju lebih.

3) aku sarankan tak perlu pakai kasut lawa2 sebab at the end korang akan basah jugak (hehehehe) aku pakai selipar je selama aku kat sana. sayang kasut kalau basah.

4) bawa bekal makanan. restoran dalam legoland tu mahal. yang boleh dapat RM10, korang dapat RM20 dalam tu.

5) bawa botol air. nak jalan2 dalam tu jauh. air mineral pulak dorang jual RM3. jadi bawalah se-troli botol air kalau boleh. takut pengsan je sorang2.

6) bawa topi. for sure panas.

7) bawa raincoat. sebab ada roller coaster yang masuk air (best gila)

and tu je lah tips yang aku boleh bagi. aku harap berguna untuk korang semua. maaf tak dapat nak bagitahu harga tiket berapa since aku ikut school trip je. RM150 campur makan minum hihi

sekian
terima kasih

Larian Bersama Bomba 2014

Assalamualaikum,

Pukul 5:00 pagi aku dah bangun mandi semua dan bersiap- siap gi sekolah. Buang tabiat ah kau izzul. Dah la harini hari Ahad. Pukul 5:30 aku sampai sekolah tengok keadaan sekolah gelap je, tak berani lak aku nak masuk dalam. Tapi masuk gak ah lepas dah beberapa minit tunggu dalam kereta.

Waktu masuk kawasan sekolah tu, ternampak geng bomba. Wahh. Selamat hidup aku. Lepastu kitorang lepak surau jap, solat subuh semua.

Lebih kurang pukul 6:15 pagi, kitorang bertolak ke Dataran Merdeka. Semangat sangat semua sampai lupa nak panaskan badan. Mula lari pukul 7:40 pagi. Kitorang berlari 7km beb!

Mula- mula lari tu memang laju ah. tapi tak sampai 1km dah pancit. HAhaha nampak sangat poyo. Tapi lari sikit- sikit ah. Alangkah sedihnya hidup sebab ditinggalkan kawan- kawan yang lain. Tapi takpe, hidup kalau menyusahkan orang lain, orang tak suka. Jadi kita kena berdikari.

Alhamdulillah selamat sampai garisan penamat. Walaupun 2 km sebelum garisan penamat tu dah memang tak tahan gila. Terpaksa jalan jugak. Kaki bagai nak patah je. Terpaksa bukak kasut lepastu jalan pakai stokin. Nasib baik jalan tar tu tak panas, boleh lah aku jalan dengan tenang. Ewah.

Sampai kat garisan penamat, orang tu bagi sijil. Sijil international tuu! Then pergi kat fountain dekat2 situ, jumpa geng- geng yang lain. Pergh, hampir semua habis awal. Ada 3 orang dapat medal. Aduh. Jealous tu ada jugak, tapi nak buat macam mana. Takde rezeki.

Habis je larian, cikgu bawak pergi times square!!!

Kitorang berpecah kepada beberapa kumpulan. Semua ikut haluan masing- masing. Team aku pergi makan Nando's lepastu kitorang berpecah lagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan pergi karaoke, lagi satu kumpulan, iaitu kumpulan aku, pergi cosmo world. Tapi aku tak masuk lah. Gayatttt. Rasa nak muntah bila tengok dorang main.

So, aku lah acai dorang. KEna bawak beg semua. Tapi takpe, boleh excercise sikit aku punya tangan. Hahahaa biar ada otot sikit.

Pukul 1:50 kitorang berkumpul dekat tempat turun bas tadi. Nak balik dah~ huhu

Penat tu penat gak. Tapi best!
Mesti rindu lagi nak keluar macam ni.

#ikutcarabomba

Hari Bomba + TV1

Assalamualaikum,

Last Sunday, 4 Mei 2014, adalah Hari Anggota Bomba Sedunia, so macam biasa, sambutan tu dibuat di Dataran Merdeka oleh anggota- anggota yang terpilih. Bagi budak sekolah pulak, ada lah beberapa sekolah yang terlibat. Kalau wakil Selangor, SMK Jalan 4 BBB dengan SMK Jalan Reko. Wakil wilayah, Queen High School.

Mula- mula agak nervous gak ah sebab tak tahu situasi macam mana. First time pergi waktu sehari sebelum sambutan tu, ada raptai, memang gelabah gila dengan semua benda. Tapi bila dah habis tu ok je. Waktu tu tak rasa penat tau. Tapi bila the actual day, rasa nak pengsan. I didnt, but rasa nak pengsan. Tak tahu kenapa, maybe sebab tak minum air.

So, the nurses papah me to the khemah and they gave me water. Boot semua kena bukak. Rasa lega sikit lah. After about 10 minutes, terfikir jugak, "kalau nak masuk dalam tv, kena masuk kawad balik" hahahahahhhaaha korang mesti pikir aku ni tamak en. Padahal masuk tv1 je. And I did, pakai semua benda balik, and masuk barisan.

And guess what?? Dapat gak masuk tv. Tapi berapa saat je hahahahhaha jet je kau nii

Overall, it was a very unforgettable memories and experience dengan geng kawad. Penat tu memang penat tapi worth lah

Sorry for the short post today (macam ada orang nak baca). Mid term is just around the corner and I havent cover my science subjects yet. Wish me luck for my mid- term!

Thank you cikgu yazid
Thank you geng kawad

#ikutcarabomba

Pertandingan Kawad Kaki Daerah Hulu Langat 2014 [luahan isi hati, cewah]

Assalamualaikum,

Akhirnya, habis jugak kawad kaki ni semua. Sekarang boleh fokus dekat exam pulak. Tapi tak semestinya aku tak rindu nak berkawad lagi. Gila tak rindu. Kawad bomba dah macam aku punya second family. Rasa sakit hati tu kadang- kadang memang ada. Rasa marah tu memang tiap kali ada. Rasa tak puas hati semua. Tapi family mana yang perfect kan?

Jujur aku kata, aku sayang kawad bomba.

Dari first time aku masuk, aku ingatkan hubungan kitorang macam, kawad and then back to normal life. Tapi tak, kitorang bila berjumpa je kat mana- mana mesti nak "hiiii" semua. Kadang- kadang tu sampai menjerit- jerit. Sebelum kawad, kitorang like strangers. Tapi tak strangers betul.

Sebelum pertandingan semalam, kita semua cuak kan. Lagi cuak bila tengok kawad kaki unit uniform lain berkawad. Siap ada yang menangis sebab takut tak boleh buat yang terbaik.

Selepas pertandingan, alhamdulillah. Kita dah buat yang terbaik. Dengan ajaran cikgu Yazid, cikgu Saiful, kak Mun, cikgu- cikgu bomba dan acai- acai kita. Terima kasih sangat- sangat! Tanpa korang, kitorang ni macam katak bawah tempurung, tak tahu apa- apa. Ada yang kaki melecet, ada yang nak pengsan, tapi smeua tu worth it, sebab kita dah tunjukkan yang kita dah buat yang sehabis baik! (amik kau aku ulang banyak kali)

Selepas majlis penutup, ramai menangis sebab dah hampakan cikgu- cikgu. Tapi takpe, cikgu masih bangga dengan kita sebab dah buat yang terbaik. Cikgu tak pernah tengok kawad perempuan yang semangat macam kita. Bak kata cikgu Yazid, "baby baru lahir mana pandai berjalan lagi" Jadi tak perlu rasa diri tu menghampakan (walaupun aku sangat merasa telah menghampakan cikgu semalam)

Ingat apa yang cikgu kata,

"you did your best!"

"I'm proud of you"

&

"last moment with your friends"

Kitorang terharu bila cikgu kata cikgu bangga dengan kitorang. Kitorang tahu banyak salah kitorang kat cikgu. Melawan kata dan kadang- kadang sakitkan hati cikgu. Especially saya, yang selalu tangan tak paras. Tapi disebabkan marah cikgu tu lah saya practice everytime balik rumah. Saya kawad biar tangan saya paras sehabis baik. Result dia, kadang- kadang bila berjalan biasa tu, tangan saya terikut nak paras sebab dah terbiasa. Walaupun orang pandang saya pelik, tapi tu lah yang menunjukkan saya dah banggakan cikgu (walaupun tangan je yang paras)

Alhamdulillah, walaupun tak dapat tempat, kitorang tetap berpuas hati. Sebab kitorang dapat pangkat lans korperal!!!!! Weehooo~

Nanti bila nak buat penyampaian pangkat cikgu? Hehehehehe

Terima kasih cikgu!
Terima kasih kawad bomba perempuan & lelaki!
Terima kasih acai- acai!
dan
Terima kasih mama!

Latihan kawad bomba (last week)

Assalamualaikum,

This week memang kitorang semua kena datang latihan kawad! Siapa tak datang, pumping 100 kali ko tahu tak! Ceh takde ah. This week jugak kitorang kena berlatih serious- serious, tak boleh main- main because sabtu ni dah pertandingan.

Jujur lah aku cakap, bila dah ada pasukan kawad ni, rasa berkerjasama tu makin membuak. Rasa best bila berkerjasama. (ye lah, siapa je rasa tak best en) Walaupun kitorang banyak jugak lah bertekak masa awal- awal latihan dulu, sekarang bila kena tegur, terima je lah apa yang ditegur. Take it or leave it. Sebab pertandingan dah dekat.

Mula- mula tak suka jugak bila kena marah sebab salah step. Tapi, dah kau yang salah, memang kena tegur lah kan. Kalau kau taknak terima, lebih baik tak payah kawad. Manja betul. (cakap dekat diri sendiri)

Masa kem haritu pun, cikgu bukan main tegur aku sebab tangan belakang tak paras. Bukan apa, memang tak boleh angkat paras. Tangan aku ni panjang dia lain macam sikit. So bila jalan tu, memang perlukan space yang luas. Tapi tak salahkan sesiapa. Aku je yang perlu try fit into the space yang ada and paraskan tangan.

Insyaallah boleh buat!

Mungkin sekarang kita banyak merungut, tapi hasilnya? Hanya Allah  yang tentukan. Ikhlas atau tidak, meng-effect-kan hasil kita.

Lately kan, Selangor kan hujan lebat kan dengan ribut petir semua. So yesterday, hari yang paling kuat ribut. Jadi kitorang tak berani nak berkawad. Takut kena petir. Tapi alangkah 'happy' nya hidup bila aku kena amik beg aku dekat koop. On the way pergi koop pulak kena redah ribut hujan. Terasa macam dalam cerita frozen, scene anna tengah cari kristoff. Ewah. Tapi disebabkan aku sayang sangat kasut aku (yang aku dah pakai 2 tahun), aku cabut kasut aku dan redah hujan pakai stoking. (sweet tak?)

Tipulah kalau aku cakap aku tak rasa geli bila pakai stoking yang basah tu. Tapi apakan daya, aku tak nak cabut stoking sebab kaki kita adalah aurat~~ (haaa ada ciri- ciri perempuan melayu terakhir tak?) Lepas hujan dah reda, kitorang sambung kawad. Aku pun apa lagi, berkawad lah aku dengan stoking yang lencun tu. Pergh, rasa nak tergelincir tu memang ada.

Esok kitorang berlatih lagi. Tapi esok punya advance sikit, kitorang berlatih lepas rehat. So maknanya, tak payah masuk kelas after rehat~!! Syok habis ye kau izzul. Dah lah esok aku ada presentation. Pffft. Tak dapatlah markah ulbs aku uhuhuhuhuhuh

Doakan kami Bomba JESS!
#IkutCaraBomba

Kem Sasar Juara Bomba 2014

Assalamualaikum,

Nak kata penat tu, penat jugak. Tapi sebab mangat (shortform yang pasukan kawad kitorangat selalu guna) sangat, rasa penat tu berbaloi. Selama lebih kurang 3 hari kitorang kem kat Balai Bomba Bangi untuk asah kawad kaki yang ditunjuk ajar oleh cikgu-cikgu bomba (dah balik dari kawad ni tiba- tiba ayat jadi formal sikit).

FIRST DAY
Hari jumaat lepas, kitorang berkumpul kat balai pukul 2:30 petang. Kitorang buat pendaftaran. I pelik tau sebenarnya, sebab my friends punya beg besar- besar and I terfikir jugak apa yang I terlupa bawak. Then, teringat yang I terlupa bawak selimut! Oh whyyyyyyy T_T Nasib baik my brother ada kat rumah, suruh dia hantarkan.

Lepastu, kitorang 'persembahkan' kawad kaki kitorang dekat cikgu- cikgu bomba. Rasa suspens jugak lah, sebab takut terlupa steps. Muka kira puas hati jugak lah sebab kitorang dah tahu asas kawad macam mana.

Waktu minum petang adalah waktu yang paling ditunggu- tunggu! Rasa lapar dia bukan main lagi. Main sumbat je semua benda. Hidangan petang tu, bubur kacang hijau, kuih pulut hijau (tak tahu nama) dengan air teh. After that, kitorang pergi solat asar and rehat kejap.

Malam pulak, berlatih kawad lagi. And I think buat formasi kot masatu, dah lupa dah heheh penat sangat. Malam pertama dekat situ, kitorang tidur pukul 12 lebih sebab yakin sangat pagi esoknya tak ngantuk (pfft)

SECOND DAY
Hari kedua, bangun lebih kurang pukul 5:45 pagi. Tak mandi sebab malam tadi dah mandi hahah (sebenarnya tak cukup masa nak mandi sebab bangun lambat) Nasib baik badan masih bau sabun lagi heheh. Pagi tu kawad until lebih kurang 9 pagi lepastu breakfast. Breakfast pagi tu, mihun dengan teh. Makanan dia sedap gila! Memang tambah menambah lah pagi tu.

Habis makan kitorang sambung kawad and buat formasi. Masa kawad tu kan, tiba- tiba tangan kanan rasa tak boleh angkat tinggi sangat especially bila nak swing ke belakang. Rasa macam tulang beralih tempat (thats what you get bila you kurus sangat heh) Cikgu pulak perasan yang tak angkat tangan betul- betul. Habis kena tegur bagai nak rak dengan cikgu huhuh. Segan tu tak yah cite lah, kita tengah practice kawad, takyah nak segan sangat. Lagipun pasukan kita je yang ada kat situ.

Lepastu kitorang beralih ke tempat yang luas sikit and buat formasi kat situ. Lebih kurang pukul 11 macam tu, kepala start rasa berat and pening- pening. Setiap kali break 5 minit, memang tutup muka lah. Rasa nak nangis hahahahha (lemahnya kau izzul) Kuat kuat kuat! Tu je yang aku bagitahu diri aku masatu. Tapi akhirnya tumbang gak. Bila cikgu bomba tegur, dia suruh rehat jap dekat balai. Haih

Waktu makan tengahhari, memang makan habis bagi pinggan licin! Bagi banyak tenaga masuk. Lepas makan, alhamdulillah dah cergas sikit. Izzul ni senang je, kalau nampak dia badmood ke apa, bagi je makan, konfem dia happy balik.

After that sambung latihan sampai malam. In the middle tu ada lah break kejap, nak solat ke apa kan. Malam tu memang masuk bilik je terus tidur. Tak fikir apa dah. Amik selimut tutup badan tutup muka.

THIRD DAY
Hari yang terakhir bersamaan hari Ahad. Tak banyak nak cerita sebab hari terakhir ni lah dimana kaki kitorang semua sakit. Ada yang melecet, ada yang bengkak. Memang tak boleh kawad langsung sebenarnya. Tapi sebab nak menang, sakit tu cerita lain.

About 10, kitorang amik ujian bomba.

Disebabkan kitorang mengadu sakit kaki, cikgu- cikgu bomba pun ada lah sikit simpati kat kitorang. Dorang bagi kitorang rest until balik. Wooooooh terima kasih cikgu! Kitorang rehat kejap kat bilik sambil kemas barang untuk balik. Sambil tu ada jugak yang curi masa tengok- tengok kalau sunburn ke apa. Habis satu bilik meraung kehampaan sebab semua ada line sunburn yang ketara gila! Habis yang kulit cerah jadi gelap.

Tapi alhamdulillah, line aku tak ketara sangat sebab pakai bedak baby johnson's hehehehehe

Sebelum balik, sempat lagi tangkap gambar dengan cikgu- cikgu, takut nanti tak dapat jumpa lagi. Gambar tu boleh jadi kenangan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih cikgu!
Insyaallah, kitorang akan cuba yang terbaik!
Kadet Bomba JESS boleh!

#IkutCaraBomba

Vote izzullabiqah dalam socialmediaweek

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, petang semalam, lepas balik dari Johor, terus check email. Tup tup ada satu email yang tak baca lagi dalam inbox. Rupa- rupanya dari Social Media Week. Mula- mula tu tak harapkan apa- apa lah. Tapi bila buka, ya Allah, rasa macam nak menjerit biar satu taman dengar!! Excited gila ya Allah haih.

Alhamdulillah nominated dalam kategori Best Lifestyle Blog ^_^ Tak sangka betul. Mula ber-blog waktu darjah 6. Dulu memang rajin lah post benda. Tapi isi nya memang macam budak- budak. Semua pasal main dekat sekolah. Tapi blog yang dulu sudah ku delete. Hua hua. Ni kira latest blog lah ni. Tu yang tak sangka followers boleh sampai beratus.

Ni nak minta jasa baik korang tolong vote kan untuk blog izzullabiqah ni heheh. Mula- mula klik >>SINI<<. Kalau korang takde account lagi, korang kena sign up tau. Lepastu pergi dekat kategori Best Lifestyle Blog. Lepastu tekan CTRL + F and cari lah link blog ni, izzullabiqah.blogspot.com.

Itupun kalau korang rajin heheh. Walaupun tak menang, tapi bersyukur sangat sebab nominated. At least nominated kan hihi. Lagipun aku ni kan kira 'newbie' lagi. Sikit- sikit lama- lama jadi bukit kan? Nak berjaya tu kena berusaha dan sabar.

Thanks for reading! xx