Pertandingan Kawad Kaki Daerah Hulu Langat 2014 [luahan isi hati, cewah]

Assalamualaikum,

Akhirnya, habis jugak kawad kaki ni semua. Sekarang boleh fokus dekat exam pulak. Tapi tak semestinya aku tak rindu nak berkawad lagi. Gila tak rindu. Kawad bomba dah macam aku punya second family. Rasa sakit hati tu kadang- kadang memang ada. Rasa marah tu memang tiap kali ada. Rasa tak puas hati semua. Tapi family mana yang perfect kan?

Jujur aku kata, aku sayang kawad bomba.

Dari first time aku masuk, aku ingatkan hubungan kitorang macam, kawad and then back to normal life. Tapi tak, kitorang bila berjumpa je kat mana- mana mesti nak "hiiii" semua. Kadang- kadang tu sampai menjerit- jerit. Sebelum kawad, kitorang like strangers. Tapi tak strangers betul.

Sebelum pertandingan semalam, kita semua cuak kan. Lagi cuak bila tengok kawad kaki unit uniform lain berkawad. Siap ada yang menangis sebab takut tak boleh buat yang terbaik.

Selepas pertandingan, alhamdulillah. Kita dah buat yang terbaik. Dengan ajaran cikgu Yazid, cikgu Saiful, kak Mun, cikgu- cikgu bomba dan acai- acai kita. Terima kasih sangat- sangat! Tanpa korang, kitorang ni macam katak bawah tempurung, tak tahu apa- apa. Ada yang kaki melecet, ada yang nak pengsan, tapi smeua tu worth it, sebab kita dah tunjukkan yang kita dah buat yang sehabis baik! (amik kau aku ulang banyak kali)

Selepas majlis penutup, ramai menangis sebab dah hampakan cikgu- cikgu. Tapi takpe, cikgu masih bangga dengan kita sebab dah buat yang terbaik. Cikgu tak pernah tengok kawad perempuan yang semangat macam kita. Bak kata cikgu Yazid, "baby baru lahir mana pandai berjalan lagi" Jadi tak perlu rasa diri tu menghampakan (walaupun aku sangat merasa telah menghampakan cikgu semalam)

Ingat apa yang cikgu kata,

"you did your best!"

"I'm proud of you"

&

"last moment with your friends"

Kitorang terharu bila cikgu kata cikgu bangga dengan kitorang. Kitorang tahu banyak salah kitorang kat cikgu. Melawan kata dan kadang- kadang sakitkan hati cikgu. Especially saya, yang selalu tangan tak paras. Tapi disebabkan marah cikgu tu lah saya practice everytime balik rumah. Saya kawad biar tangan saya paras sehabis baik. Result dia, kadang- kadang bila berjalan biasa tu, tangan saya terikut nak paras sebab dah terbiasa. Walaupun orang pandang saya pelik, tapi tu lah yang menunjukkan saya dah banggakan cikgu (walaupun tangan je yang paras)

Alhamdulillah, walaupun tak dapat tempat, kitorang tetap berpuas hati. Sebab kitorang dapat pangkat lans korperal!!!!! Weehooo~

Nanti bila nak buat penyampaian pangkat cikgu? Hehehehehe

Terima kasih cikgu!
Terima kasih kawad bomba perempuan & lelaki!
Terima kasih acai- acai!
dan
Terima kasih mama!

Latihan kawad bomba (last week)

Assalamualaikum,

This week memang kitorang semua kena datang latihan kawad! Siapa tak datang, pumping 100 kali ko tahu tak! Ceh takde ah. This week jugak kitorang kena berlatih serious- serious, tak boleh main- main because sabtu ni dah pertandingan.

Jujur lah aku cakap, bila dah ada pasukan kawad ni, rasa berkerjasama tu makin membuak. Rasa best bila berkerjasama. (ye lah, siapa je rasa tak best en) Walaupun kitorang banyak jugak lah bertekak masa awal- awal latihan dulu, sekarang bila kena tegur, terima je lah apa yang ditegur. Take it or leave it. Sebab pertandingan dah dekat.

Mula- mula tak suka jugak bila kena marah sebab salah step. Tapi, dah kau yang salah, memang kena tegur lah kan. Kalau kau taknak terima, lebih baik tak payah kawad. Manja betul. (cakap dekat diri sendiri)

Masa kem haritu pun, cikgu bukan main tegur aku sebab tangan belakang tak paras. Bukan apa, memang tak boleh angkat paras. Tangan aku ni panjang dia lain macam sikit. So bila jalan tu, memang perlukan space yang luas. Tapi tak salahkan sesiapa. Aku je yang perlu try fit into the space yang ada and paraskan tangan.

Insyaallah boleh buat!

Mungkin sekarang kita banyak merungut, tapi hasilnya? Hanya Allah  yang tentukan. Ikhlas atau tidak, meng-effect-kan hasil kita.

Lately kan, Selangor kan hujan lebat kan dengan ribut petir semua. So yesterday, hari yang paling kuat ribut. Jadi kitorang tak berani nak berkawad. Takut kena petir. Tapi alangkah 'happy' nya hidup bila aku kena amik beg aku dekat koop. On the way pergi koop pulak kena redah ribut hujan. Terasa macam dalam cerita frozen, scene anna tengah cari kristoff. Ewah. Tapi disebabkan aku sayang sangat kasut aku (yang aku dah pakai 2 tahun), aku cabut kasut aku dan redah hujan pakai stoking. (sweet tak?)

Tipulah kalau aku cakap aku tak rasa geli bila pakai stoking yang basah tu. Tapi apakan daya, aku tak nak cabut stoking sebab kaki kita adalah aurat~~ (haaa ada ciri- ciri perempuan melayu terakhir tak?) Lepas hujan dah reda, kitorang sambung kawad. Aku pun apa lagi, berkawad lah aku dengan stoking yang lencun tu. Pergh, rasa nak tergelincir tu memang ada.

Esok kitorang berlatih lagi. Tapi esok punya advance sikit, kitorang berlatih lepas rehat. So maknanya, tak payah masuk kelas after rehat~!! Syok habis ye kau izzul. Dah lah esok aku ada presentation. Pffft. Tak dapatlah markah ulbs aku uhuhuhuhuhuh

Doakan kami Bomba JESS!
#IkutCaraBomba

Kem Sasar Juara Bomba 2014

Assalamualaikum,

Nak kata penat tu, penat jugak. Tapi sebab mangat (shortform yang pasukan kawad kitorangat selalu guna) sangat, rasa penat tu berbaloi. Selama lebih kurang 3 hari kitorang kem kat Balai Bomba Bangi untuk asah kawad kaki yang ditunjuk ajar oleh cikgu-cikgu bomba (dah balik dari kawad ni tiba- tiba ayat jadi formal sikit).

FIRST DAY
Hari jumaat lepas, kitorang berkumpul kat balai pukul 2:30 petang. Kitorang buat pendaftaran. I pelik tau sebenarnya, sebab my friends punya beg besar- besar and I terfikir jugak apa yang I terlupa bawak. Then, teringat yang I terlupa bawak selimut! Oh whyyyyyyy T_T Nasib baik my brother ada kat rumah, suruh dia hantarkan.

Lepastu, kitorang 'persembahkan' kawad kaki kitorang dekat cikgu- cikgu bomba. Rasa suspens jugak lah, sebab takut terlupa steps. Muka kira puas hati jugak lah sebab kitorang dah tahu asas kawad macam mana.

Waktu minum petang adalah waktu yang paling ditunggu- tunggu! Rasa lapar dia bukan main lagi. Main sumbat je semua benda. Hidangan petang tu, bubur kacang hijau, kuih pulut hijau (tak tahu nama) dengan air teh. After that, kitorang pergi solat asar and rehat kejap.

Malam pulak, berlatih kawad lagi. And I think buat formasi kot masatu, dah lupa dah heheh penat sangat. Malam pertama dekat situ, kitorang tidur pukul 12 lebih sebab yakin sangat pagi esoknya tak ngantuk (pfft)

SECOND DAY
Hari kedua, bangun lebih kurang pukul 5:45 pagi. Tak mandi sebab malam tadi dah mandi hahah (sebenarnya tak cukup masa nak mandi sebab bangun lambat) Nasib baik badan masih bau sabun lagi heheh. Pagi tu kawad until lebih kurang 9 pagi lepastu breakfast. Breakfast pagi tu, mihun dengan teh. Makanan dia sedap gila! Memang tambah menambah lah pagi tu.

Habis makan kitorang sambung kawad and buat formasi. Masa kawad tu kan, tiba- tiba tangan kanan rasa tak boleh angkat tinggi sangat especially bila nak swing ke belakang. Rasa macam tulang beralih tempat (thats what you get bila you kurus sangat heh) Cikgu pulak perasan yang tak angkat tangan betul- betul. Habis kena tegur bagai nak rak dengan cikgu huhuh. Segan tu tak yah cite lah, kita tengah practice kawad, takyah nak segan sangat. Lagipun pasukan kita je yang ada kat situ.

Lepastu kitorang beralih ke tempat yang luas sikit and buat formasi kat situ. Lebih kurang pukul 11 macam tu, kepala start rasa berat and pening- pening. Setiap kali break 5 minit, memang tutup muka lah. Rasa nak nangis hahahahha (lemahnya kau izzul) Kuat kuat kuat! Tu je yang aku bagitahu diri aku masatu. Tapi akhirnya tumbang gak. Bila cikgu bomba tegur, dia suruh rehat jap dekat balai. Haih

Waktu makan tengahhari, memang makan habis bagi pinggan licin! Bagi banyak tenaga masuk. Lepas makan, alhamdulillah dah cergas sikit. Izzul ni senang je, kalau nampak dia badmood ke apa, bagi je makan, konfem dia happy balik.

After that sambung latihan sampai malam. In the middle tu ada lah break kejap, nak solat ke apa kan. Malam tu memang masuk bilik je terus tidur. Tak fikir apa dah. Amik selimut tutup badan tutup muka.

THIRD DAY
Hari yang terakhir bersamaan hari Ahad. Tak banyak nak cerita sebab hari terakhir ni lah dimana kaki kitorang semua sakit. Ada yang melecet, ada yang bengkak. Memang tak boleh kawad langsung sebenarnya. Tapi sebab nak menang, sakit tu cerita lain.

About 10, kitorang amik ujian bomba.

Disebabkan kitorang mengadu sakit kaki, cikgu- cikgu bomba pun ada lah sikit simpati kat kitorang. Dorang bagi kitorang rest until balik. Wooooooh terima kasih cikgu! Kitorang rehat kejap kat bilik sambil kemas barang untuk balik. Sambil tu ada jugak yang curi masa tengok- tengok kalau sunburn ke apa. Habis satu bilik meraung kehampaan sebab semua ada line sunburn yang ketara gila! Habis yang kulit cerah jadi gelap.

Tapi alhamdulillah, line aku tak ketara sangat sebab pakai bedak baby johnson's hehehehehe

Sebelum balik, sempat lagi tangkap gambar dengan cikgu- cikgu, takut nanti tak dapat jumpa lagi. Gambar tu boleh jadi kenangan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih cikgu!
Insyaallah, kitorang akan cuba yang terbaik!
Kadet Bomba JESS boleh!

#IkutCaraBomba