Kem Sasar Juara Bomba 2014

Assalamualaikum,

Nak kata penat tu, penat jugak. Tapi sebab mangat (shortform yang pasukan kawad kitorangat selalu guna) sangat, rasa penat tu berbaloi. Selama lebih kurang 3 hari kitorang kem kat Balai Bomba Bangi untuk asah kawad kaki yang ditunjuk ajar oleh cikgu-cikgu bomba (dah balik dari kawad ni tiba- tiba ayat jadi formal sikit).

FIRST DAY
Hari jumaat lepas, kitorang berkumpul kat balai pukul 2:30 petang. Kitorang buat pendaftaran. I pelik tau sebenarnya, sebab my friends punya beg besar- besar and I terfikir jugak apa yang I terlupa bawak. Then, teringat yang I terlupa bawak selimut! Oh whyyyyyyy T_T Nasib baik my brother ada kat rumah, suruh dia hantarkan.

Lepastu, kitorang 'persembahkan' kawad kaki kitorang dekat cikgu- cikgu bomba. Rasa suspens jugak lah, sebab takut terlupa steps. Muka kira puas hati jugak lah sebab kitorang dah tahu asas kawad macam mana.

Waktu minum petang adalah waktu yang paling ditunggu- tunggu! Rasa lapar dia bukan main lagi. Main sumbat je semua benda. Hidangan petang tu, bubur kacang hijau, kuih pulut hijau (tak tahu nama) dengan air teh. After that, kitorang pergi solat asar and rehat kejap.

Malam pulak, berlatih kawad lagi. And I think buat formasi kot masatu, dah lupa dah heheh penat sangat. Malam pertama dekat situ, kitorang tidur pukul 12 lebih sebab yakin sangat pagi esoknya tak ngantuk (pfft)

SECOND DAY
Hari kedua, bangun lebih kurang pukul 5:45 pagi. Tak mandi sebab malam tadi dah mandi hahah (sebenarnya tak cukup masa nak mandi sebab bangun lambat) Nasib baik badan masih bau sabun lagi heheh. Pagi tu kawad until lebih kurang 9 pagi lepastu breakfast. Breakfast pagi tu, mihun dengan teh. Makanan dia sedap gila! Memang tambah menambah lah pagi tu.

Habis makan kitorang sambung kawad and buat formasi. Masa kawad tu kan, tiba- tiba tangan kanan rasa tak boleh angkat tinggi sangat especially bila nak swing ke belakang. Rasa macam tulang beralih tempat (thats what you get bila you kurus sangat heh) Cikgu pulak perasan yang tak angkat tangan betul- betul. Habis kena tegur bagai nak rak dengan cikgu huhuh. Segan tu tak yah cite lah, kita tengah practice kawad, takyah nak segan sangat. Lagipun pasukan kita je yang ada kat situ.

Lepastu kitorang beralih ke tempat yang luas sikit and buat formasi kat situ. Lebih kurang pukul 11 macam tu, kepala start rasa berat and pening- pening. Setiap kali break 5 minit, memang tutup muka lah. Rasa nak nangis hahahahha (lemahnya kau izzul) Kuat kuat kuat! Tu je yang aku bagitahu diri aku masatu. Tapi akhirnya tumbang gak. Bila cikgu bomba tegur, dia suruh rehat jap dekat balai. Haih

Waktu makan tengahhari, memang makan habis bagi pinggan licin! Bagi banyak tenaga masuk. Lepas makan, alhamdulillah dah cergas sikit. Izzul ni senang je, kalau nampak dia badmood ke apa, bagi je makan, konfem dia happy balik.

After that sambung latihan sampai malam. In the middle tu ada lah break kejap, nak solat ke apa kan. Malam tu memang masuk bilik je terus tidur. Tak fikir apa dah. Amik selimut tutup badan tutup muka.

THIRD DAY
Hari yang terakhir bersamaan hari Ahad. Tak banyak nak cerita sebab hari terakhir ni lah dimana kaki kitorang semua sakit. Ada yang melecet, ada yang bengkak. Memang tak boleh kawad langsung sebenarnya. Tapi sebab nak menang, sakit tu cerita lain.

About 10, kitorang amik ujian bomba.

Disebabkan kitorang mengadu sakit kaki, cikgu- cikgu bomba pun ada lah sikit simpati kat kitorang. Dorang bagi kitorang rest until balik. Wooooooh terima kasih cikgu! Kitorang rehat kejap kat bilik sambil kemas barang untuk balik. Sambil tu ada jugak yang curi masa tengok- tengok kalau sunburn ke apa. Habis satu bilik meraung kehampaan sebab semua ada line sunburn yang ketara gila! Habis yang kulit cerah jadi gelap.

Tapi alhamdulillah, line aku tak ketara sangat sebab pakai bedak baby johnson's hehehehehe

Sebelum balik, sempat lagi tangkap gambar dengan cikgu- cikgu, takut nanti tak dapat jumpa lagi. Gambar tu boleh jadi kenangan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih cikgu!
Insyaallah, kitorang akan cuba yang terbaik!
Kadet Bomba JESS boleh!

#IkutCaraBomba

No comments: