Larian Bersama Bomba 2014

Assalamualaikum,

Pukul 5:00 pagi aku dah bangun mandi semua dan bersiap- siap gi sekolah. Buang tabiat ah kau izzul. Dah la harini hari Ahad. Pukul 5:30 aku sampai sekolah tengok keadaan sekolah gelap je, tak berani lak aku nak masuk dalam. Tapi masuk gak ah lepas dah beberapa minit tunggu dalam kereta.

Waktu masuk kawasan sekolah tu, ternampak geng bomba. Wahh. Selamat hidup aku. Lepastu kitorang lepak surau jap, solat subuh semua.

Lebih kurang pukul 6:15 pagi, kitorang bertolak ke Dataran Merdeka. Semangat sangat semua sampai lupa nak panaskan badan. Mula lari pukul 7:40 pagi. Kitorang berlari 7km beb!

Mula- mula lari tu memang laju ah. tapi tak sampai 1km dah pancit. HAhaha nampak sangat poyo. Tapi lari sikit- sikit ah. Alangkah sedihnya hidup sebab ditinggalkan kawan- kawan yang lain. Tapi takpe, hidup kalau menyusahkan orang lain, orang tak suka. Jadi kita kena berdikari.

Alhamdulillah selamat sampai garisan penamat. Walaupun 2 km sebelum garisan penamat tu dah memang tak tahan gila. Terpaksa jalan jugak. Kaki bagai nak patah je. Terpaksa bukak kasut lepastu jalan pakai stokin. Nasib baik jalan tar tu tak panas, boleh lah aku jalan dengan tenang. Ewah.

Sampai kat garisan penamat, orang tu bagi sijil. Sijil international tuu! Then pergi kat fountain dekat2 situ, jumpa geng- geng yang lain. Pergh, hampir semua habis awal. Ada 3 orang dapat medal. Aduh. Jealous tu ada jugak, tapi nak buat macam mana. Takde rezeki.

Habis je larian, cikgu bawak pergi times square!!!

Kitorang berpecah kepada beberapa kumpulan. Semua ikut haluan masing- masing. Team aku pergi makan Nando's lepastu kitorang berpecah lagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan pergi karaoke, lagi satu kumpulan, iaitu kumpulan aku, pergi cosmo world. Tapi aku tak masuk lah. Gayatttt. Rasa nak muntah bila tengok dorang main.

So, aku lah acai dorang. KEna bawak beg semua. Tapi takpe, boleh excercise sikit aku punya tangan. Hahahaa biar ada otot sikit.

Pukul 1:50 kitorang berkumpul dekat tempat turun bas tadi. Nak balik dah~ huhu

Penat tu penat gak. Tapi best!
Mesti rindu lagi nak keluar macam ni.

#ikutcarabomba

Hari Bomba + TV1

Assalamualaikum,

Last Sunday, 4 Mei 2014, adalah Hari Anggota Bomba Sedunia, so macam biasa, sambutan tu dibuat di Dataran Merdeka oleh anggota- anggota yang terpilih. Bagi budak sekolah pulak, ada lah beberapa sekolah yang terlibat. Kalau wakil Selangor, SMK Jalan 4 BBB dengan SMK Jalan Reko. Wakil wilayah, Queen High School.

Mula- mula agak nervous gak ah sebab tak tahu situasi macam mana. First time pergi waktu sehari sebelum sambutan tu, ada raptai, memang gelabah gila dengan semua benda. Tapi bila dah habis tu ok je. Waktu tu tak rasa penat tau. Tapi bila the actual day, rasa nak pengsan. I didnt, but rasa nak pengsan. Tak tahu kenapa, maybe sebab tak minum air.

So, the nurses papah me to the khemah and they gave me water. Boot semua kena bukak. Rasa lega sikit lah. After about 10 minutes, terfikir jugak, "kalau nak masuk dalam tv, kena masuk kawad balik" hahahahahhhaaha korang mesti pikir aku ni tamak en. Padahal masuk tv1 je. And I did, pakai semua benda balik, and masuk barisan.

And guess what?? Dapat gak masuk tv. Tapi berapa saat je hahahahhaha jet je kau nii

Overall, it was a very unforgettable memories and experience dengan geng kawad. Penat tu memang penat tapi worth lah

Sorry for the short post today (macam ada orang nak baca). Mid term is just around the corner and I havent cover my science subjects yet. Wish me luck for my mid- term!

Thank you cikgu yazid
Thank you geng kawad

#ikutcarabomba