Sembelih Ayam

assalamualaikum,

hari rabu haritu, satu kelas kena sembelih ayam untuk pelajaran pendidikan islam. masa tengok kelas lain buat beberapa hari sebelum tu, aku rasa kesian dekat ayam tu. tak dapat bayangkan macam mana kena sembelih hidup- hidup. (tapi dorangkan haiwan)

waktu kelas kitorang yang kena sembelih. aku beranikan diri untuk tengok. yolah, waktu kecik- kecik dulu selalu la tengok orang kampung sembelih ayam & lembu. tapi tak pernah nak try sendiri.

mula- mula ustaz buat demo, kitorang tengok je. lepastu budak laki buat pulak. budak laki kelas aku semuannya excited nak sembelih, tapi ada lah certain yang tak suka sebab bau dia busuk. memanglah busuk bang oiii

waktu dorang tengah sembelih tu, aku pergi tengok ayam2 kat dalam sangkar. aku duk sembang dengan dorang. lepastu cikgu Awal datang (cikgu disiplin), dia cakap "saya dare awak pegang dia" "hek eleh cikgu, setakat pegang ayam, saya pun berani" balas aku dengan nada yang macam ye tak ye je nak sebut. adeh kau ni izzul buat perangai bodoh lak kat sini. 

lepastu aku pun pegang lah ayam tu. wah, rasa 'bangga' sikit sebab aku sorang je yang rasa berani nak pegang ayam tu hehehehehehehehehehehe dengan bantuan dua orang kawan lagi, kitorang dapat sembelih ayam tu dengan sempurna. sempurna sampai terputus kepala! ha! tapi ustaz cakap boleh makan, asalkan urat halkum dan merikh dah terputus dulu.

dah habis sembelih mestilah kena basuh bagi bersih kan. so kitorang pun basuh walaupun bau dia dah sampai menusuk hidung. huhu. proses lepas tu kitorang rendam dalam air panas nak bagi bulu dia panas supaya senang cabut.

esoknya, one of my classmate bawak ayam tadi tapi yang sudah dimasak. so kitorang pun makan satu kelas.

pengalaman ni yang aku paling suka. buat benda yang aku nak sangat buat sebelum ni. hehe. perangai tak macam pompuan betoii hahah

bye!

No comments: