Pertandingan Kawad Kaki Daerah Hulu Langat 2014 [luahan isi hati, cewah]

Assalamualaikum,

Akhirnya, habis jugak kawad kaki ni semua. Sekarang boleh fokus dekat exam pulak. Tapi tak semestinya aku tak rindu nak berkawad lagi. Gila tak rindu. Kawad bomba dah macam aku punya second family. Rasa sakit hati tu kadang- kadang memang ada. Rasa marah tu memang tiap kali ada. Rasa tak puas hati semua. Tapi family mana yang perfect kan?

Jujur aku kata, aku sayang kawad bomba.

Dari first time aku masuk, aku ingatkan hubungan kitorang macam, kawad and then back to normal life. Tapi tak, kitorang bila berjumpa je kat mana- mana mesti nak "hiiii" semua. Kadang- kadang tu sampai menjerit- jerit. Sebelum kawad, kitorang like strangers. Tapi tak strangers betul.

Sebelum pertandingan semalam, kita semua cuak kan. Lagi cuak bila tengok kawad kaki unit uniform lain berkawad. Siap ada yang menangis sebab takut tak boleh buat yang terbaik.

Selepas pertandingan, alhamdulillah. Kita dah buat yang terbaik. Dengan ajaran cikgu Yazid, cikgu Saiful, kak Mun, cikgu- cikgu bomba dan acai- acai kita. Terima kasih sangat- sangat! Tanpa korang, kitorang ni macam katak bawah tempurung, tak tahu apa- apa. Ada yang kaki melecet, ada yang nak pengsan, tapi smeua tu worth it, sebab kita dah tunjukkan yang kita dah buat yang sehabis baik! (amik kau aku ulang banyak kali)

Selepas majlis penutup, ramai menangis sebab dah hampakan cikgu- cikgu. Tapi takpe, cikgu masih bangga dengan kita sebab dah buat yang terbaik. Cikgu tak pernah tengok kawad perempuan yang semangat macam kita. Bak kata cikgu Yazid, "baby baru lahir mana pandai berjalan lagi" Jadi tak perlu rasa diri tu menghampakan (walaupun aku sangat merasa telah menghampakan cikgu semalam)

Ingat apa yang cikgu kata,

"you did your best!"

"I'm proud of you"

&

"last moment with your friends"

Kitorang terharu bila cikgu kata cikgu bangga dengan kitorang. Kitorang tahu banyak salah kitorang kat cikgu. Melawan kata dan kadang- kadang sakitkan hati cikgu. Especially saya, yang selalu tangan tak paras. Tapi disebabkan marah cikgu tu lah saya practice everytime balik rumah. Saya kawad biar tangan saya paras sehabis baik. Result dia, kadang- kadang bila berjalan biasa tu, tangan saya terikut nak paras sebab dah terbiasa. Walaupun orang pandang saya pelik, tapi tu lah yang menunjukkan saya dah banggakan cikgu (walaupun tangan je yang paras)

Alhamdulillah, walaupun tak dapat tempat, kitorang tetap berpuas hati. Sebab kitorang dapat pangkat lans korperal!!!!! Weehooo~

Nanti bila nak buat penyampaian pangkat cikgu? Hehehehehe

Terima kasih cikgu!
Terima kasih kawad bomba perempuan & lelaki!
Terima kasih acai- acai!
dan
Terima kasih mama!

No comments: